Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua penganggur diberkas kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah syabu di Simanggang . Foto IPD Simanggang

Dua penganggur diberkas terlibat penyalahgunaan dadah

SIMANGGANG, 19 Sept: Dua penganggur diberkas selepas terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis syabu di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, kedua-dua suspek terdiri daripada seorang lelaki berusia 33 tahun dan wanita,24,.

“Suspek lelaki ditahan pada jam 8.20 pagi oleh pasukan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simanggang di Kejatau.

“Hasil pemeriksaan beg sandang warna gelap yang sedang disandang suspek menjumpai satu paket plastik kecil lutsinar di dalamnya terdapat ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, anggaran berat kasar dadah yang dijumpai ialah 0.31 gram, ujian saringan air kencing suspek didapati positif amphetamine dan methamphetamine.

Katanya, suspek wanita pula ditahan pada jam 9 pagi, melalui ujian saringan air kencing yang dijalankan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kedua-dua uspek ditahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, kini ditahan di lokap Balai Polis Simanggang untuk siasatan selanjutnya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan