Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ramadan Saifullah hari diumumkan sebagai pemain baharu yang menyertai Kuching City FC.Foto, Kuching City FC.

Pemain sayap JDT sertai Kuching City

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 17 Sept: Kuching City FC kian bernafsu membawa masuk pemain baharu pada jendela kedua perpindahan Liga Super 2024/2025 bagi memantap pasukan.

Terbaharu The Cats mengumumkan ketibaan pemain sayap pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Ramadhan Saifullah menerusi hantaran di Facebook kelab hari ini.

Bekas bintang JDT, Hazwan Bakri disambar Kuching City

Kehadiran Ramadhan,24, yang juga boleh bermain sebagai penyerang dilihat mampu memberi saingan sengit di posisi itu bersama-sama dengan Kipre Tchetche, Jordan Mintah, Pedro Henrique dan Shamie Iszuan.

Sepanjang bersama JDT, Ramadhan telah membuat 57 penampilan bersama gergasi bola sepak tanah air itu dengan menjaringkan enam gol.

Sebelum ini, Kuching City juga telah merekrut beberapa pemain JDT seperti Daniel Amir dan yang terbaharu, Ahmad Hazwan Bakri pada minggu lalu.

Bekas bintang JDT, Hazwan Bakri disambar Kuching City

Selepas mengharungi sembilan perlawanan, Kuching Citry FC kini berada di kedudukan kelima liga dengan 14 mata hasil tiga kemenangan, lima seri dan dua tewas.

Aksi terakhir Liga Super minggu lepas di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Kuching City FC dikejutkan dengan kekalahan besar 0-4 kepada Selangor FC. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan