SAN FRANSISCO, 9 Sept: Model terbaharu iPhone yang bakal dilancarkan oleh Apple pada Isnin dijangka akan menampilkan keupayaan AI generatif.
Ini berikutan gergasi teknologi itu berusaha untuk meningkatkan jualan peranti ikoniknya.
Syarikat yang diasaskan oleh Steve Jobs itu memberi ‘sedikit gambaran’ mengenai apa yang akan dipertontonkan pada majlis pelancaran dinamakan Glowtime yang akan berlangsung di ibu pejabatnya di Silicon Valley.
Apple bergantung dengan iPhone 16 dan berharap pelanggan akan tertarik untuk membeli model terbaharu itu yang dikuasakan dengan teknologi AI baharu.
Dengan jualan $39 bilion pada suku lepas, iPhone menjangkakan kira-kira 60 peratus hasil jualan sebagai pintu masuk utama kepada perkhidmatan syarikat seperti App Store atau Apple TV yang semakin berkembang menjadi sebahagian daripada perniagaannya.
Apple baru sahaja pulih daripada kemerosotan jualan berterusan selepas pelanggan menggunakan model terdahulu bagi tempoh yang lebih lama.
“iPhone 16 akan menjadi salah satu pengenalan iPhone yang paling penting, bukan kerana apa yang ada di luar tetapi kerana apa yang ada di dalamnya iaitu, Apple Intelligence,” kata penganalisis utama Forrester, Dipanjan Chatterjee. -TVS.