Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan merampas dadah bernilai RM45,750 dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Miri. Foto IPD Miri

2 lelaki tempatan diberkas edar dadah di Miri, dadah bernilai RM45,750 dirampas

MIRI, 28 Ogos: Polis memberkas dua lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan merampas dadah bernilai RM45,750 dalam serbuan di dua lokasi berasingan di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pada 23 Ogos sekitar jam 10 pagi di sebuah pondok di tepi jalan kawasan Miri, pihak polis telah menahan suspek penganggur lelaki berumur 23 tahun serta merampas satu bungkusan plastik lutsinar mempunyai lima paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 7.71 gram dengan nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan berjumlah RM850.

“Serbuan kedua pada 24 Ogos sekitar jam 9 pagi di satu kawasan letak kereta dalam kawasan Miri, seorang suspek penganggur lelaki berumur 37 tahun telah ditahan dan satu beg hitam mempunyai satu paket plastik berwarna berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 1,040 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan berjumlah RM36,400.Turut disita dalam tangkapan ini ialah sebuah kereta dianggarkan jumlah bernilai RM8,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan