Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Hii Chang Kee

Siaran langsung SUKMA menerusi TVS

BySaibi Gi

KUCHING, 8 Ogos: Dua puluh satu daripada 37 sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 akan disiarkan secara langsung oleh TVS dan RTM.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee berkata sukan yang tidak disiarkan secara langsung masih boleh ditonton secara tertunda menerusi video on demand di laman web www.tvsarawak.my.

“Kita mahu TVS bersedia untuk (menjadi penyiar) acara yang lebih besar,” katanya ditemui pada Majlis Randau SUKMA Bersama Media di sini, hari ini.

Selain siaran menerusi televisyen, TVS menyediakan laman khas untuk SUKMA yang dinamakan sebagai Stadium Sukma TVS (www.tvsarawak.my/stadiumsukmatvs/), menampilkan siaran langsung, rakaman video dan jadual pungutan pingat.

Dalam pada itu, Chang Kee berkata aplikasi SUKMA XXI Sarawak 2024 akan dilancarkan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Jumaat.

Aplikasi yang boleh dimuat turun ke telefon bimbit itu menyediakan pelbagai maklumat berkaitan SUKMA termasuk jadual acara, kedudukan pingat dan pautan ke laman web TVS.

Menurutnya, SUKMA ini merupakan yang terbesar pernah diadakan sejak temasya sukan itu dianjurkan pertama kali pada 1986.

Ia menghimpunkan lebih 10,000 atlet dan pegawai dari setiap negeri serta kontinjen jemputan, Brunei.

Venue penganjuran acara membabitkan sembilan bahagian – Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Ini merupakan kali ketiga Sarawak menganjurkan temasya sukan itu selepas pertama kali pada tahun 1990 dan disusuli pada 2016.

Sementara itu, Chang Kee menzahirkan penghargaan kepada para petugas media yang memberi sokongan padu dalam mempromosikan SUKMA.

SUKMA Sarawak akan berlangsung bermula 17 Ogos dan melabuhkan tirai pada 24 Ogos.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan