Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada mesyuarat Pemantauan Projek Jaringan Luar Bandar Bersama JKR Bahagian dan wakil rakyat tempatan di Pejabat Residen Kapit, hari ini. Foto TVS

Kesesakan di Kapit, naik taraf jalan dilaksanakan segera

ByDouglas Elliot

KAPIT, 8 Ogos: Masalah kesesakan lalu lintas yang membelenggu penduduk dan pengguna jalan raya di sekitar Bandar Kapit akan ditangani segera.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata perkara itu sudah pun mendapat perhatian Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Masalah kesesakan jalan raya di Kapit adalah satu masalah yang nyata.

“Semasa lawatan Premier ke Kapit tahun lepas, satu permohonan untuk peruntukan bagi penyelesaian masalah ini telah dimajukan kepada beliau.

“Difahamkan, ianya akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Pemantauan Projek Jaringan Luar Bandar Bersama JKR Bahagian dan wakil rakyat tempatan di Pejabat Residen Kapit, hari ini.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit ditanya pemberita yang ingin mengetahui mengenai status menaik taraf jalan di kawasan berkenaan yang kini kerap mengalami kesesakan jalan raya terutama pada musim perayaan.

Pada masa sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Kerajaan Sarawak mempunyai perancangan jangka pendek bagi mengurangkan masalah ini.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melaksanakan satu program bagi mengurangkan kesesakan tersebut dalam masa terdekat,” jelas Uggah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan