Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Hasbi Habibollah semasa penyerahan sijil kepada pelatih Foto TVS

Kerjaya pelaut profession penting dalam perdagangan global

MIRI, 8 Ogos: Kerjaya seorang pelaut adalah antara profesion terpenting dalam mendokong kehidupan moden dan perdagangan global.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Hasbi Habibollah berkata, kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan jumlah perdagangan global adalah melalui pengangkutan laut.

Menurutnya, pelaut merupakan sebahagian elemen utama dalam aktiviti perdagangan maritim yang bertanggungjawab memastikan kelancaran operasi pelayaran untuk membawa pelbagai barangan ke destinasi.

“Perkapalan, pelayaran dan pelaut adalah elemen utama dalam aktiviti perdagangan maritim serta saling bergantung antara satu sama lain. Pelaut adalah komuniti yang menggerakkan sektor perkapalan dan bertanggungjawab memastikan kelancaran operasi pelayaran untuk membawa pelbagai jenis barangan termasuklah bahan api, makanan, ubat-ubatan serta barang dagangan penting lain. Boleh dikatakan industri maritim tidak akan bermakna dan sempurna tanpa pelaut” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Tamat Latihan Pegawai Navigasi Dek Dan Perantis Marin Dek Sesi 2/24 di sebuah hotel pada Khamis.

Hasbi turut memberi penghargaan kepada Pelita Maslaut kerana membuat dasar pengambilan pelatih secara terbuka dan fleksibel selain menyahut keinginan belia dan remaja dalam bidang perkapalan sekali gus melahirkan pelaut berkualiti yang terdiri daripada anak tempatan negeri Sarawak.

Sebagai salah satu institusi maritim yang diktiraf Jabatan Laut Malaysia (JLM) dengan keperluan mematuhi standard latihan yang digariskan oleh International Maritime Organization (IMO), Pelita Maslaut terus berfungsi bagi menyediakan latihan dan tenaga kerja berkemahiran dalam industri perkapalan.

Dengan adanya ramai pelaut tempatan, ia secara tidak langsung dapat menyokong pemain industri perkapalan negara serta mengimbangi kebanjiran pelaut asing yang berkhidmat dalam sektor perkapalan di negara ini.

Hasbi berkata, kementeriannya juga akan melakukan usaha berterusan supaya lebih ramai warga Malaysia menceburi bidang perkapalan bagi memenuhi keperluan industri selain menjadi lonjakan dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhannya.

Seramai 27 orang pelatih yang telah menerima sijil pada majlis tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan