Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan meminta masyarakat di negeri ini menghentikan budaya menghantar anak ke sekolah tanpa memakai topi keledar khususnya di kawasan sekolah luar bandar. Foto hiasan Envato

Hentikan budaya tidak pakai topi keledar di kawasan sekolah luar bandar – JPJ

ByBernama

KUALA KRAI, 8 Ogos: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan meminta masyarakat di negeri ini menghentikan budaya menghantar anak ke sekolah tanpa memakai topi keledar khususnya di kawasan sekolah luar bandar.

Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah berkata sekiranya diteruskan dan tiada kesedaran, maka ia mendorong kepada peningkatan kes kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Amat menyedihkan apabila angka kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal meningkat secara konsisten saban tahun di negeri ini.

“Sebanyak 6,088 kemalangan jalan raya melibatkan pelbagai jenis kenderaan direkodkan berlaku di Kelantan bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

“Daripada jumlah itu, 137 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di negeri itu dalam tempoh yang sama,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penyerahan Topi Keledar Kanak-kanak dan Dewasa peringkat negeri 2024 di sini hari ini.

JPJ Kelantan katanya akan memastikan program advokasi dan penguatkuasaan secara berterusan dilaksanakan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan