Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Buaya katak sepanjang 14.4 kaki yang dirangkap oleh Unit SWAT SFC di Lubuk Kerubung, Sungai Kanowit pada Rabu lalu. Foto SWAT SFC

Buaya katak 14.4 kaki ditangkap di Sungai Kanowit

KANOWIT, 8 Ogos: Seekor buaya katak jantan sepanjang 14.4 kaki berjaya ditangkap oleh Pasukan SWAT (Pasukan Bertindak Hidupan Liar, Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Lubuk Kerubung, Sungai Kanowit pada Rabu.

Ketua Operasi Unit SWAT Sarawak Forestry Corporation (SFC) Wilayah Sibu, Joshua Nyawai berkata, buaya katak atau nama saintifiknya Crocodulus Porosus itu berjaya ditangkap pada hari kelima operasi yang bermula pada 3 Ogos lalu.

“Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan penemuan sarang telur buaya di kawasan Melipis-Lipus.

“Seramai lima anggota SWAT dengan kekuatan dua buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah bot Etamax turun ke lapangan dan berpusat di Dewan Serbaguna Lipus sebagai Operating Centre(OC),” katanya ketika menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, operasi ini juga melibatkan beberapa agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Konflik Manusia-Buaya Antara Agensi.

“Kawasan operasi telah dijalankan sejak 3 Ogos bermula dari muara Sungai Kanowit sehingga kawasan Geremai-Lipus dan dijangka berakhir pada 12 Ogos ini.

“Operasi ini bermula pada Sabtu lalu dan buaya itu telah memakan salah satu daripada lapan umpan (cangkuk) yang dipasang di sepanjang lokasi operasi,” katanya.

Menurut Joshua, penduduk kampung sering ternampak buaya besar muncul di Lubuk Kerubung sebelum ini.

“Penduduk kampung berdekatan juga mendakwa reptilia itu pernah mengejar perahu dan ada juga yang mengatakan ia pernah memakan anjing peliharaan di kebun berdekatan,” ujar beliau.

Menurut Joshua, buaya tersebut telah ditanam dan dilupuskan di tapak pelupusan sampah Kanowit.

“Operasi ini akan diteruskan beberapa hari lagi dan sasaran kami adalah untuk menangkap seekor buaya betina yang bersarang di kawasan Melipis-Lipus ,” tambah beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan