Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri MYSED Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat dalam Program Kembara Jumpa Orang Muda di Universiti Curtin pada Khamis. Foto TVS

Bina pusat sukan layar di Sarawak

MIRI, 8 Ogos: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat memberi peruntukan untuk membina pusat sukan layar di Sarawak.

Timbalan menterinya, Datuk Dr. Ripin Lamat berkata setakat ini fasiliti sukan pusat layar terletak di Semenanjung Malaysia iaitu Langkawi dan Terengganu.

“Harapan kita ialah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membina pusat sukan layar di Sarawak. Sekarang ini cuma ada di Langkawi dan Terengganu. Kita berharap di Sarawak akan dibina sebuah di bawah peruntukan kerajaan Pusat. Kita lihat sukan layar boleh memacu industri pelancongan yang akan menjadi satu acara di peringkat kebangsaan, Asia dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media dalam Program Kembara Jumpa Orang Muda di Universiti Curtin pada Khamis.

Menurutnya, untuk Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21, fasiliti sukan layar di Marina Bay di Miri digunakan.

Pada masa sama, Ripin turut mengingatkan rakyat Miri supaya memberi sokongan kepada kontinjen Sarawak.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Adam Adli Abdul Halim berkata pihaknya mengambil kira pelbagai aspek terlebih dahulu termasuk melibatkan perancangan supaya pusat sukan layar dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang.

“Banyak lagi yang perlu dilakukan. Yang paling penting adalah memastikan ada perancangan baik. Kita kena ambil kira implikasi kewangan, kemampuan dan paling penting sekali fasiliti sukan sama ada untuk prestasi tinggi atau komuniti. Selalunya kita berdepan dengan isu penjagaan, penyelengaraan dan sebagainya. Kita kena rancang dengan baik sebab ini bukan sekadar buat sahaja. Kita nak pastikan ini boleh dimanfaatkan dengan baik untuk jangka masa panjang,” katanya.

Dalam pada itu Adam turut memuji inisiatif Kerajaan Sarawak untuk pembangunan sukan dari sudut pembangunan fasiliti sukan melalui MYSED Sarawak dan kerjasama rapat dengan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan