Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pejabat Perdana Menteri memanggil wakil Meta Platforms Inc (Meta) hari ini bagi memberikan penjelasan berhubung tindakan menurunkan kandungan berkaitan isu Palestin di platform media sosial Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Pejabat Perdana Menteri Malaysia (X)

Isu penurunan hantaran: PMO panggil Meta hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Pejabat Perdana Menteri memanggil wakil Meta Platforms Inc (Meta) hari ini bagi memberikan penjelasan berhubung tindakan menurunkan kandungan berkaitan isu Palestin di platform media sosial Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut sumber, ia termasuk kandungan berkaitan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang diturunkan dan disekat menerusi plaftorm seperti Facebook, Instagram Perdana Menteri.

Difahamkan Perdana Menteri yang sebelum ini berang dengan tindakan berkenaan, juga mahu mendengar penjelasan lanjut dari Meta berhubung perkara itu.

Pertemuan yang dijangka petang ini juga bertujuan meminta penjelasan berhubung gangguan yang dilaporkan berlaku dalam siaran langsung di Facebook sewaktu Himpunan Pembebasan Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil yang dihadiri lebih 15,000 orang semalam.

Semalam Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata satu pertemuan akan diadakan bersama pihak Meta berhubung isu penurunan kandungan berkaitan Palestin daripada media sosial Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini.

Fahmi berkata pihaknya akan bertegas dalam pertemuan itu sekiranya sebarang kandungan berhubung Himpunan Pembebasan Palestin diturunkan oleh penyedia platform media sosial berkenaan.

Dalam laporan media sebelum ini, Fahmi menyatakan kekesalan kerajaan dengan tindakan penurunan hantaran oleh Perdana Menteri berhubung pembunuhan Haniyeh oleh pihak Meta dan telah memohon penjelasan berhubung perkara itu.

Semakan di akaun Instagram Perdana Menteri mendapati tiga hantaran beliau pada 31 Ogos lepas yang mengutuk pembunuhan Haniyeh dan berkongsi gambar pertemuan dengan pemimpin Hamas itu diturunkan daripada aplikasi media sosial berkenaan.

Penurunan hantaran itu disertakan dengan kapsyen “Dangerous individuals and organisations”.

Ia menyebabkan Pejabat Perdana Menteri mengecam tindakan Meta berkenaan, manakala Anwar pada 1 Ogos pula memberi peringatan terhadap pihak Meta supaya tidak menjadi perkakas rejim Zionis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan