Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Datu Dr. Sanib Said menyertai program Larian Eksplorasi Warisan 1.0 di Kampung Santubong pada Ahad. Foto TVS

Peserta Larian Eksplorasi Warisan santuni lokasi bersejarah di kawasan Santubong

KUCHING, 21 Julai: Kawasan padang bola di Kampung Santubong di sini, dipenuhi oleh lebih 300 peserta yang begitu teruja untuk menyertai Larian Eksplorasi Warisan 1.0 sejak awal pagi tadi.

Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Datu Dr. Sanib Said berkata, larian yang julung-julung kali dianjurkan itu, merupakan satu inisiatif dalam memperkenalkan kawasan Santubong yang merupakan salah satu daripada tapak arkeologi serta bersejarah  di rantau Asia Tenggara.

“Tujuan utama kami menganjurkan larian ini adalah untuk mengangkat serta mempromosikan Santubong ini sebagai satu produk pelancongan yang terbaik di Sarawak.

“Selain itu, kami juga ingin mempromosikan kawasan bersejarah di sekitar kawasan ini kepada orang awam di Kuching khususnya dan di Sarawak amnya, dan dalam larian ini, kemenangan bukanlah matlamat utama, tetapi lebih kepada untuk berkongsi serta mendapatkan maklumat berkaitan sejarah di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Larian Eksplorasi Warisan 1.0 di Kampung Santubong, di sini pada Ahad.

Antara tapak warisan sejarah yang dilalui peserta larian termasuklah Pusat Banglo Wallace-Ali, Makam Sultan Tengah dan Bukit Maras.

Selain itu, larian ini turut bertujuan untuk mengeratkan dan mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Sarawak selain memupuk budaya kehidupan sihat di kalangan masyarakat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan