Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Kerajaan hanya akan perkenal cukai tidak beri kesan kepada golongan rentan

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Kerajaan hanya akan memperkenal cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Jelas beliau, perkara itu merupakan pertimbangan kerajaan sebelum menilai keperluan melaksanakan semula cukai kepenggunaan baharu seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata rakyat ketika ini tidak mampu menanggung cukai itu kerana berdepan dengan cabaran kos sara hidup.

“Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan GST lagi kerana ianya bersifat cukai kepenggunaan yang berasas luas dan dengan itu, bukanlah masa yang sesuai untuk memperkenalkan semula,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Perikatan Nasional -Langkawi) mengenai kemungkinan GST akan diperkenal semula kerana hasil kutipannya adalah lebih besar.

Menurutnya, perubahan dasar kepada sistem percukaian berasaskan kepenggunaan seperti pelaksanaan semula GST perlu diteliti agar mudah ditadbir dan tidak memberi impak negatif kepada kos sara hidup.

“Dalam melaksanakan pembaharuan fiskal, kerajaan mengambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar dan percukaian,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan