Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman ketika melawat ladang ayam penelur milik Sriberjaya di Kampung Ukong. Foto TVS

Ladang ayam penelur Sriberjaya Limbang, sasar pengeluaran 250,000 telur sebulan

LIMBANG, 15 Julai: Projek penternakan ayam penelur yang diusahakan Ladang Sriberjaya Limbang mampu mengatasi kekurangan bekalan telur di utara Sarawak apabila ia dijangka beroperasi Jun tahun depan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, ladang itu akan menempatkan 10,000 ekor ayam penelur yang mampu mengeluarkan sebanyak 250,000 biji telur sebulan apabila beroperasi secara kapasiti penuh kelak.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, kerajaan amat mengalakkan usaha syarikat itu untuk menternak ayam penelur dalam membantu pengeluaran telur di Limbang yang sebelum ini banyak bergantung kepada pembekal dari luar Limbang serta negeri jiran Sabah.

“Saya amat gembira dengan projek ini yang merupakan satu-satunya ladang yang mengeluarkan telur di Limbang. Ini perkembangan yang baik memandangkan keperluan telur di Limbang bergantung kepada bekalan dari kawasan lain di Sarawak dan Sabah dan kita menghadapi kekangan logistik.

“Dengan adanya pengeluaran telur ayam di Limbang, masalah logistik akan dapat diselesaikan,” katanya ketika ditemui media ketika mengadakan lawatan ke Ladang Ayam Penelur milik Sriberjaya di Kampung Ukong hari ini.

Beliau berkata, kewujudan ladang tersebut sekali gus memenuhi keperluan dan permintaan telur di daerah berkenaan yang meningkat terutama pada musim perayaan.

Katanya, berdasarkan data daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Limbang, menunjukkan jumlah anggaran pembekalan telur oleh pemborong dan pasaraya di Limbang adalah sebanyak 516,000 biji telur pelbagai gred.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan