Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wakil Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF)  ke Malaysia Robert Gass menggesa pihak berkepentingan supaya mengakui kepentingan cadangan pindaan kepada  Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak Foto UNICEF (FB)

UNICEF gesa pindaan untuk lindungi saksi kanak-kanak dalam sistem kehakiman Malaysia disokong

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Wakil Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF)  ke Malaysia Robert Gass menggesa pihak berkepentingan supaya mengakui kepentingan cadangan pindaan kepada  Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak, yang dibentangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.

Gass dalam satu kenyataan disiarkan di laman sesawang rasmi UNICEF berkata perubahan ini menyasarkan untuk mewujudkan satu persekitaran yang lebih mesra kanak-kanak di kamar mahkamah bagi memastikan mangsa-mangsa yang muda boleh memberikan bukti terbaik mereka tanpa rasa takut atau dalam tekanan yang tidak sepatutnya.

“Bayangkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang mengalami keganasan rumah tangga, seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang menderita penderaan seksual  atau seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang merupakan  seorang mangsa penderaan fizikal.

Sekarang bayangkan kanak-kanak sama yang sudah mengalami trauma daripada pengalaman mereka, diperlukan untuk menceritakan kembali kisah mereka di dalam mahkamah,” katanya.

Beliau berkata keprihatinan awam bagi memastikan saksi kanak-kanak dilayan dengan adil dan boleh menceritakan kembali pengalaman mereka tanpa berhadapan trauma atau pemangsaan seterusnya, semakin meningkat.

“Melindungi saksi kanak-kanak dan memenuhi keperluan mereka bukan hanya penting untuk mendapatkan keadilan dalam kes-kes individu tetapi juga mengukuhkan nilai Keyakinan dan Ihsan.

Prinsip ini yang berakar umbi dalam nilai MADANI, menyumbang kepada sebuah masyarakat yang lebih kuat dan penuh belas kasihan. Ia memberikan satu mesej yang kuat bahawa sistem kehakiman komited untuk melindungi golongan rentan dan mendukung hak semua orang,” katanya.

Gass berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengetuai usaha ini bagi mengutamakan kepentingan terbaik kanak-kanak dalam persekitaran kehakiman.

Meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak bukan sahaja satu keperluan undang-undang, ia adalah satu imperatif moral, katanya.

“Membentangkan pindaan ini adalah satu langkah untuk menjadikan proses kehakiman lebih mesra kanak-kanak,” katanya.

“Usaha kami berterusan supaya laluan kepada keadilan untuk kanak-kanak diluruskan, undang-undnag diperkukuh dan pelaku jenayah kanak-kanak dipertanggungjawabkan,” kata Gass sambil menambah tahun ini merupakan tahun ke-70 kehadiran UNICEF di Malaysia, selain daripada perkongsian dengan Kerajaan Malaysia yang mencecah usia 60 tahun.

Perkara 3.1 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang Malaysia merupakan panandatangan menyatakan bahawa segala tindakan mengenai kanak-kanak termasuk dalam mahkamah, kepentingan terbaik  kanak-kanak perlu menjadi pertimbangan utama,” katanya.

Rang Undang-Undang untuk meminda  Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi kekompetenan saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding, dibentangkan oleh Azalina. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan