Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Foto fail Bernama

KPM perincikan cadangan sediakan elaun kos sara hidup tingkatan enam

ByBernama

KANGAR, 9 Julai: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memperincikan cadangan menyediakan elaun kos sara hidup pelajar dan guru penolong kanan tingkatan enam sebelum dibawa ke peringkat belanjawan negara melalui Kementerian Kewangan.

Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata langkah itu antara usaha penjenamaan semula pendidikan tingkatan enam di negara ini, selain memastikan kualiti pendidikan itu diperluas dan dipertingkatkan.

“Antara inisiatif yang kita ingin beri tumpuan ialah melihat sudut elaun mereka, peranan dimainkan pentadbiran kolej tingkatan enam … untuk melihat peluang pendidikan bagi pelajar tingkatan enam ini diperluas,” katanya.

Fadhlina berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Daurah Hadis 40 Imam Nawawi Peringkat Kebangsaan 2024 yang turut dihadiri Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di sini hari ini. Program itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian melaksanakan beberapa inisiatif penting berhubung pembangunan pelajar di negara ini termasuk aspek kesihatan mental, antaranya penambahan guru kaunseling dan menambah baik sudut kepakaran mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan