Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi yang masing-masing diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 1446H/ 2024M. Foto Anwar Ibrahim (FB)

PM ucap tahniah kepada penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi yang masing-masing diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 1446H/ 2024M.

Menerusi hantaran di Facebook Anwar juga menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Pemaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan hari ini.

Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan tahun ini yang bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI’ berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menerusi hantaran itu Perdana Menteri turut menyentuh erti hijrah yang menuntut pengorbanan dan perjuangan yang bererti, yang harus dimulakan oleh diri sendiri dengan merubah jiwa dan minda.

“Allah SWT meletakkan prasyarat Taghyir al-Nufus (perubahan jiwa dan minda) untuk merubah nasib bangsa ke arah Malaysia yang MADANI dan berketerampilan.

“Di sebalik maksud hijrah, tersirat makna harapan, terangkatnya martabat insan, tegaknya keadilan, berdaulatnya kebenaran, meratanya kemakmuran dan terjaminnya keselamatan rakyat, dan harapan tersebut mesti terjelma dengan kerja keras dan dukungan rakyat terbanyak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan