Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Abdul Majid Omar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu. Foto Selangor FM (FB)

Dr Abdul Majid tokoh Maal Hijrah Selangor

ByBernama

SHAH ALAM, 7 Julai: Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Abdul Majid Omar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu malam ini.

Pengumuman dilakukan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad pada majlis yang diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan penganugerahan itu kepada Abdul Majid, 84, selepas menunaikan solat maghrib dan isyak bersama rakyat selain bacaan doa dan ceramah Maal Hijrah.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dengan diiringi Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Mohd Shahzihan dalam sembah pengumuman berkata Abdul Majid memulakan khidmatnya sebagai guru sebelum dilantik sebagai Timbalan Mufti Selangor dan bersara pada 2015.

“Selepas 17 tahun menyumbang bakti (sebagai Timbalan Mufti Selangor), beliau meneruskan agenda kecintaan ilmunya dengan menyambung pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2019, dan menamatkan pendidikan di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Selangor (Unisel) dalam bidang pentadbiran wakaf pada Februari lepas.

“Pencapaian dan jasa beliau antaranya dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 1428H/2007 serta di Selangor 1427H/2006 selain pernah dilantik sebagai penasihat syariah pelbagai syarikat konglomerat besar,” katanya.

Mohd Shahzihan berkata Abdul Majid disifatkan seorang agamawan dan pendakwah yang gigih membangunkan ummah menerusi penulisan dan kuliah agama di masjid, surau dan di stesen media penyiaran.

Abdul Majid ketika ditemui pemberita menzahirkan terima kasih khususnya kepada kerajaan Selangor kerana menghargai baktinya yang berkhidmat di negeri itu lebih 50 tahun bermula pada 1952 sebagai seorang pendidik.

Beliau yang memiliki 18 cucu menasihati golongan muda untuk terus menimba ilmu sehingga ke peringkat tertinggi pengajian kerana banyak peluang disediakan oleh kerajaan bagi mengubah kehidupan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan