Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rubiah menyampaikan hadiah kepada Ayuradiman yang muncul sebagai juara bagi kategori kiraan mata boling tertinggi. Foto TVS

KKDW ambil positif teguran Audit Negara – Rubiah

KUCHING, 6 Julai:Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melihat dari sudut positif tiga isu yang ditegur di dalam laporan Audit Negara pada dua hari lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, antara yang menjadi perhatian KKDW adalah isu berkaitan kelewatan pelaksanaan projek bekalan air dan elektrik di luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak

Menurutnya, ada diantara projek tersebut telah diluluskan peruntukannya sejak dari tahun 2017 namun belum dilaksanakan secara keseluruhan.

“Kita mengambil positif laporan audit dan KKW bersedia membuat tindakan terhadap cadangan-cadangan yang diutarakan oleh (pihak) auditor yang mana akan kita bentangkan atau jawab dalam Parlimen akan datang

“Kelemahan dalam sistem pelaksanaan projek ada sebab, salah satu dari sebabnya adalah (karenah) birokrasi, isu-isu yang tidak dapat diselesaikan, komunikasi di antara pihak-pihak tertentu yang menyebabkan projek ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun semasa seperti yang telah dirancangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Boling anjuran Majlis Bersama Jabatan (Pekerja), Pentadbiran Bahagian Samarahan 2024/2025 yang diadakan di Star on Stage (SOS) Kuching petang tadi.

Ahli Parlimen Kota Samarahan itu berkata, laporan audit tersebut juga adalah bukti ketelusan Kerajaan Perpaduan dalam usaha memberikan informasi kepada masyarakat.

“Bermula tahun lalu satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan KKDW yang di Pengerusikan oleh Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di mana Sarawak akan diwakili oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Disitu (perbincangan) kita mengenal pasti isu-isu dan kaedah pelaksanaan yang mana Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan sama-sama bekerjasama dan dalam masa yang sama memastikan projek ini dapat disegerakan,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan