KUCHING, 6 Jun: Isteri Premier Sarawak merangkap Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menyampaikan sumbangan ‘Pek Kembali Ke Sekolah’ kepada 150 orang pelajar hari ini.
Penerima merupakan pelajar daripada keluarga kurang bernasib baik dari 44 buah sekolah di sekitar Bandaraya ini.
Sumbangan daripada SABATI dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) itu sebelum ini telah menyantuni hampir 200,000 pelajar sekolah rendah di seluruh negara sejak 2017 hingga Mei lalu.
Pengurus Besar RMHC Malaysia, Mohd Nasri Mohd Nordin berkata seramai 1,800 penerima di Sarawak bakal pada tahun ini berbanding hanya 1,000 pada 2023.
Menurutnya, tahun ini juga menyaksikan sejumlah RM1.6 juta diperuntukkan bagi penyediaan ‘Pek Kembali Ke Sekolah’ untuk manfaat lebih 11,000 pelajar sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan seluruh negara.
Hadir sama Pengerusi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK), Datin Amar Baduyah Bujang, Ahli Lembaga Pengarah RMHC, Dr. Richard Wong dan Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, Kuswadi Chil. – TVS



