Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie ketika hadir di pejabat TVS di sini, baru-baru ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Premier Sarawak rasmi Perhimpunan Perwakilan HIKMAH ke-21 pada 2 Jun ini

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 30 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal membuka tirai Perhimpunan Perwakilan Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak kali ke-21 jam 9 pagi di HIKMAH Exchange Event Centre (HEEC) pada 2 Jun ini.

Setiausaha Agung Kehormat HIKMAH, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, seramai 200 deligasi bakal hadir dalam perhimpunan yang diadakan setiap tiga tahun sekali itu yang menjadi wadah terbaik untuk para perwakilan dan pemerhati untuk menyampaikan idea, saranan dan usul bagi mencorakkan langkah dan perjalanan HIKMAH agar terus berperanan dalam pembangunan ummah.

Premier Sarawak rasmi Perhimpunan Perwakilan HIKMAH ke-21 | TVS

“Kehadiran pimpinan tertinggi HIKMAH ke perhimpunan ini diharap akan memberi suntikan semangat serta motivasi kepada para perwakilan untuk menggalas amanah sebagai pemimpin yang telah diberikan kepada mereka.

“Pada tahun ini juga kita akan buat pemilihan siapa yang akan menerajui pucuk pimpinan dan seterusnya menggerak dan mencorakkan HIKMAH ke arah hala tuju yang lebih luas lagi,” katanya ketika ditemui TVS di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, perhimpunan kali ini bakal menjadi platform terbaik buat pertubuhan itu menyusun perancangan segera bagi meneruskan kelangsungan pergerakan mereka seiring dengan peredaran masa.

“Pada tahun ini Premier Sarawak akan menyampaikan amanat yang bakal menjadi panduan dan membantu kami untuk menyesuaikan hala tuju HIKMAH sejajar dengan pembangunan dan strategi Kerajaan Sarawak.

“HIKMAH akan terus berusaha bagi memastikan dakwah yang kita lakukan di kawasan pedalaman akan diteruskan bagi memastikan generasi akan datang termasuk saudara baharu (mualaf) akan terus melihat Islam itu sebagai cara hidup mereka,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan