Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) membuka ruang kepada warga kota dan para komuniti untuk berurusan dengan pihaknya melalui program Hari Bersama Pelanggan DBKU yang akan diadakan pada Ahad ini. Foto DBKU

DBKU: Hari Bersama Pelanggan di Tebingan Kuching pada Ahad ini

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 17 Mei: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) turun padang menemui warga Bandaraya dan para komuniti menerusi  program Hari Bersama Pelanggan DBKU di Tebingan Kuching, pada Ahad ini.

Datuk Bandar DBKU, Hilmy Othman berkata, program yang bermula pada 8 pagi hingga 12 tengah hari itu turut diserikan dengan program Kuching Car Free Morning (KCFM) pada pagi yang sama, di sini.

“Kesibukan dengan rutin harian untuk berurusan dengan mana-mana agensi merupakan salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh warga kota dan komuniti.

“Meskipun adanya aplikasi atas talian, namun perkhidmatan secara bersemuka untuk mendapat maklumat yang lebih tepat dan telus tetap menjadi pilihan sebahagian orang awam terutama dalam hal-hal perbandaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hilmy dalam pada itu meminta orang ramai untuk merancang perjalanan masing-masing pada hari tersebut susulan berlangsungnya dua acara serentak berkenaan.

“KCFM semakin mendapat tempat di hati semua orang kerana ia merupakan program riadah yang santai dan turut mendidik orang awam tentang pentingnya menjaga alam sekitar demi generasi akan datang dan kesejahteraan sejagat,” ujarnya.

Menurutnya lagi acara kemuncak pada program tersebut merupakan usaha bagi menempa nama dalam The Malaysia Book of Record bagi ‘Penyertaan Paling Ramai Peserta Memakai Pakaian Etnik’ dalam Persembahan Tarian Koreografi.

Hilmy dalam pada itu memberitahu program ini dianjurkan dengan kerjasama antara pihak Rotary District 3310, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak, Affin Bank dan DBKU. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan