Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mancha pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan IPD. Foto TVS

IPD Lawas bernilai RM111 juta, kini tersergam dalam seni bina moden

LAWAS, 14 Mei: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas yang baharu bernilai RM111 juta merupakan IPD kelima yang dibina berkonsep moden di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata IPD yang kini tersergam indah itu dilengkapi kemudahan padang kawad, ruang pejabat, stor barangan kes, dewan serbaguna, surau, tadika, kediaman flat setinggi lima tingkat dengan kemudahan lif dan kemudahan lain berkeluasan 12 ekar.

Jelasnya kemudahan itu akan memberi keselesaan kepada masyarakat setempat selain kedudukannya yang strategik di tengah kawasan penempatan penduduk sekali gus mengeratkan hubungan polis dan komuniti setempat.

“Dengan adanya bangunan IPD Lawas yang baru, lengkap dan serba moden sudah tentunya ia mampu meningkatkan prestasi ataupun penugasan, semangat bertugas dalam kalangan warga polis,” katanya pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan IPD Lawas hari ini.

Beliau turut optimis kemudahan ini akan meningkatkan hubungan rapat antara polis dan masyarakat selain mampu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada komuniti.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Datuk Ibrahim Darus, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri Ahmad Fuad Apandi Dan Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan