Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohd Razi Sitam menerima cenderamata semasa Majlis Penangguhan Program Outreach Santuni Masyarakat (POSKOM) anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching di Sematan pada Ahad. Foto TVS

Penyampaian bersemuka beri perkhidmatan berkesan kepada masyarakat

SEMATAN, 5 Mei: Kaedah penyampaian secara bersemuka seperti Program Outreach Santuni Masyarakat (POSKOM) anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching mampu memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohd Razi Sitam berkata, kaedah tersebut akan memudahkan urusan bersama pelanggan ataupun masyarakat yang memerlukan perkhidmatan untuk mendapatkan maklumat secara langsung.

“Kaedah penyampaian secara bersemuka menjadi satu elemen yang lebih berkesan dalam usaha kita memudahkan pelanggan ataupun golongan yang memerlukan perkhidmatan mendapat maklumat secara langsung.

“Kaedah seperti ini mewujudkan komunikasi dua hala yang dapat mengurangkan masalah komunikasi dan bercanggah maklumat seterusnya mengurangkan persepsi negatif terhadap jabatan,” katanya ketika berucap di Majlis Penangguhan Program Outreach Santuni Masyarakat (POSKOM) anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching di Sematan pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Usahawan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk melabelkan produk keluaran tempatan jualan mereka sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang bakal berlangsung di Sarawak yang merupakan peluang bagi usahawan mempromosi dan menjual produk mereka kepada para pengunjung.

“Mereka boleh melabelkan produk keluaran seperti SUKMA Sarawak 2024 atau pun Para SUKMA 2024 bagi menarik minat pembeli untuk mendapatkan barangan tersebut selain mampu menambah pendapatan usahawan,” ujarnya.

Tambahnya, dijangkakan unjuran kemasukan pengunjung sepanjang penganjuran SUKMA Sarawak 2024 adalah melebihi 12,000 orang yang bakal berkampung di negeri ini.

“Saya berharap agensi terlibat mampu menggerakkan usahawan mereka untuk mengambil peluang ini bagi meraih keuntungan hasil daripada produk jualan mereka,” jelasnya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan