Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai ketika sedang mandi di air terjun Taman Rekreasi Ranchan, Serian, petang ini. Foto Bomba

Lelaki lemas ketika mandi di air terjun Taman Rekreasi Ranchan

SERIAN, 5 Mei: Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai ketika sedang mandi di air terjun Taman Rekreasi Ranchan di sini, petang tadi.

Komander Operasi, PBK I (KUP) Sim Mui Chai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.33 petang dengan menggerakkan pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP ) Serian ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati seorang lelaki berusia 26 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dibawa oleh orang awam ke tempat selamat.

“Seterusnya pasukan EMRS Serian memberi bantuan CPR kepada mangsa sehingga pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 6.25 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan