Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali merakam kenangan bersama peserta di Program Jom Baca Bersama 10 Minit dan Majlis Perasmian Dekad Membaca Kebangsaan di Pustaka Negeri Sarawak, di sini, hari ini. Foto Adlina Rahman (TVS)

Amalan membaca kunci Sarawak maju menjelang 2030 – Sharifah Hasidah

ByAdlina Rahman

KUCHING, 23 April: Amalan membaca merupakan asas kepada pendidikan yang berkesan sekali gus menyumbang kepada pembangunan dan perpaduan masyarakat di Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali berkata membaca menjadi kunci bagi melahirkan masyarakat berilmu yang boleh menjadi harapan kepada pembangunan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid (PCDS) 2030.

“PCDS 2030 tidak dapat mencapai objektifnya jika kita masih cetek pengetahuan mengenai apa yang perlu kita lakukan bagi mencapai hasrat PCDS 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Jom Baca Bersama 10 Minit dan Majlis Perasnuan Dekad Membaca Kebangsaan di Pustaka Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Selain itu beliau turut mencontohi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dilihat lengkap berilmu dan berpengetahuan luas dalam meneraju pimpinan Sarawak, hasil daripada hobinya membaca.

“Kalau kita lihat Premier Sarawak kita dia selalu berkata kepada saya dan saya selalu bertanya kepadanya macam mana Yang Amat Berhormat mendapat idea yang bagus. Beliau menjawab, dia selalu membaca buku. Dalam kapal terbang pun beliau membaca buku, dalam kereta beliau membaca buku. Di rumah beliau membaca buku. Bila baca buku banyak, baru ada banyak idea. Kalau kita hanya duduk dan berbual kosong, idea akan hanya di situ sahaja.

Inilah sesuatu yang sangat penting kerana bukan sahaja ia memberikan manfaat intelektual tetapi juga memberi sumbangan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada orang lain,” ujarnya.

Untuk rekod program Jom Baca Bersama 10 Minit dan Dekad Membaca Kebangsaan merupakan dua program yang berbeza yang diadakan secara bersama anjuran bersama Pustaka Negeri Sarawak dan Dewan Bahasa dan Pusaka (DBP) Sarawak.

Kedua program mempunyai objektif yang sama iaitu bagi mengukuhkan amalan budaya ilmu dan membaca.

Turut hadir Pengerusi, Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak Datuk Dr. Abang Abdul Rauf Abang Zen, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli serta Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak Abang Haliman Abang Julai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan