Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad berbasikal trek kebangsaan sekali lagi pulang dengan tangan kosong pada kejohanan Piala Negara-negara UCI 2024 di Milton, Kanada. Foto Muhammad Ridwan Sahrom (Instagram)

Skuad berbasikal trek pulang tangan kosong dari Kanada

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 April: Skuad berbasikal trek kebangsaan sekali lagi pulang dengan tangan kosong pada kejohanan Piala Negara-negara UCI 2024 di Milton, Kanada.

Dalam acara pecut, Muhammad Ridwan Sahrom menamatkan saingan di tempat ke-29 selepas tersingkir awal pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Mattamy National Track Cycling Centre.

Pingat emas dimenangi pelumba dari Belanda Harrie Lavreysen, diikuti Jair Tjon En Fa dari Suriname di tempat kedua dan Nicholas Paul dari Trinidad and Tobago, ketiga.

Pelumba wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri juga tidak menyerlah pada penampilan kali ini apabila menamatkan saingan di tempat kelapan acara keirin.

Terdahulu, pelumba dari Kedah itu menduduki tempat keenam pada pusingan repechage sebelum mara ke final.

Pingat emas keirin wanita dimenangi pelumba New Zealand, Ellesse Andrews, diikuti pingat perak dimenangi pelumba Belanda, Steffie Van Der Peet dan Lauriane Genest dari Kanada (gangsa). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan