Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yayasan Sarawak

Permohonan penajaan biasiswa Tun Taib dan Tunku Abdul Rahman mula dibuka hari ini

KUCHING, 15 April: Permohononan bagi penajaan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) dan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) untuk ambilan Sesi 2024/2025 dibuka mulai hari ini bermula jam 4 petang.

Menerusi kenyataan Yayasan Sarawak hari ini, pemohon anak jati Sarawak yang sedang atau bakal mengikuti pengajian dalam kursus yang diiktiraf secara sepenuh masa bagi Ijazah Pertama di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam negara mahupun 10 institusi pengajian tinggi terunggul di dunia (10 Institusi Terbaik Dunia) bagi Ijazah Lanjutan layak memohon penajaan biasiswa terbabit.

Inisiatif i-GPS 2024 diteruskan, pelajar IPT Sarawak terima subsidi penerbangan sehingga RM600

Kata kenyataan itu, pemohon yang mengambil kursus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) layak memohon Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) manakala pemohon yang mengambil kursus bukan STEM layak memohon Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR).

“Pemohon yang sedang mengikuti pengajian atau pemohon yang telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik iaitu mengikuti pengajian Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan beserta kriteria-kriteria tambahan yang diperlukan.

“Pemohon yang tidak layak memohon adalah tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas, sedang mengikuti kursus peringkat STPM, Sijil, Pra-Diploma, Diploma, Matrikulasi dan Asasi.

“Selain itu, pemohon yang sedang mengikuti program Kursus Jarak Jauh/Separuh Masa, masih terikat dengan mana-mana badan penajaan dan sedang bekerja tetapi tiada surat pelepasan/kelulusan daripada majikan juga tidak layak memohon,” menurut kenyataan itu.

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian yang boleh dicapai di laman web https://www.yayasansarawak.org.my dan semua dokumen yang diperlukan perlu disahkan terlebih dahulu sebelum memuatnaik semasa memohon secara talian.

Tambah kenyataan itu lagi, tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2024 (Jumaat), jam 4 petang dan permohonan yang diterima selepas masa ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Maklumat lanjut mengenai tawaran biasiswa bagi sesi 2024/2025 boleh diakses di pautan https://yayasansarawak.org.my/my/tawaran-biasiswa-sesi-2024-2025/.

Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi Seksyen Biasiswa Yayasan Sarawak di talian 082-441686 atau emel ke ys@yayasansarawak.org.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan