Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) untuk subsidi tiket penerbangan sehingga RM600 akan diteruskan pada tahun ini. Foto: FB Sarawak Volunteers

Inisiatif i-GPS 2024 diteruskan, pelajar IPT Sarawak terima subsidi penerbangan sehingga RM600

KUCHING, 2 Jan: Sarawak Volunteers (SV) mengumumkan Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) yang diperkenalkan Kerajaan Sarawak menerusi Yayasan Sarawak akan diteruskan pada tahun ini.

Menerusi hantarannya di Facebook semalam, pelajar-pelajar aktif dan belajar secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dialu-alukan untuk memohon dan layak menerima subsidi i-GPS sehingga RM600 sebanyak dua kali sahaja untuk tahun 2024.

“Nilai subsidi i-GPS untuk satu permohonan yang berjaya ialah RM300 sahaja dan tiket penerbangan pemohon adalah mana-mana tarikh dalam tahun 2024 di mana perjalanan penerbangan pemohon adalah dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Labuan balik ke Sarawak sahaja.

“Permohonan dan kemaskini permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui sistem yang disediakan di pautan laman web yayasansarawak.org.my atau dengan menggunakan mobile app Yayasan Sarawak Student App di Apple App Store (iOS) atau Google Play Store (Android),” menurutnya.

Sehubungan itu, pemohon hendaklah menghantar permohonan yang betul dan lengkap dalam tempoh 60 hari selepas tarikh penerbangan dilakukan.

Tambahnya, permohonan i-GPS tidak terpakai untuk sebarang penerbangan seperti penerbangan yang ditaja oleh Kerajaan atau Agensi Berkaitan atau mana-mana organisasi lain atau penerbangan yang ditunda atau dibatalkan oleh syarikat penerbangan.

“Pemohon diminta untuk memuat naik Surat Pengesahan IPT Terkini, Penyata Akaun Bank, Pas Masuk Penerbangan serta Jadual Perjalanan Penerbangan dan pemalsuan dokumen adalah suatu kesalahan dan boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan.

“Permohonan pemohon yang telah dihantar akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dan sekiranya permohonan berjaya, pemohon akan menerima emel makluman dan subsidi i-GPS berjumlah RM300 (satu permohonan) akan dimasukkan ke akaun bank pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja,” katanya lagi.

Maklumat lanjut, pemohon diminta untuk melayari Facebook Sarawak Volunteers atau hubungi Sekretariat Sarawak Volunteers di talian 082-443265 atau 011-56513959.

i-GPS adalah merupakan inisiatif subsidi tambang penerbangan untuk pelajar Sarawak yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan untuk pulang ke Sarawak.

Inisiatif itu dapat membantu meringankan beban para pelajar untuk pulang ke negeri terutamanya dalam aspek tambang penerbangan.

Selain i-GPS, Kerajaan Sarawak juga menyalurkan bantuan menerusi Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM90.42 juta untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus hutang peminjam PTPTN. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan