Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Arthur Joseph Kurup menjawab soalan di Dewan Negara hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: Inisiatif Gelombang Padi tingkatkan pengeluaran padi negara

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 4 April: Kerajaan akan memperkenalkan langkah intervensi bagi memastikan bekalan beras putih tempatan dapat ditingkatkan dan diakses oleh rakyat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup antara tindakan yang akan dilaksanakan termasuk Inisiatif Gelombang Padi.

Kata beliau ketika ini pengeluaran padi negara adalah sekitar 2.28 juta tan metrik dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik.

“Justeru, sebanyak 12 program akan digerakkan pada tahun ini bagi mengangkat industri padi dan beras negara ke tahap lebih cekap dan berdaya tahan,” katanya pada Sesi Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa yang meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ENTERI menyatakan langkah segera kerajaan bagi menangani isu jaminan kapasiti bekalan beras putih tempatan dan sejauh mana pengeluaran padi tempatan dapat memenuhi keperluan pengguna tempatan menjelang 2025.

Dalam pada itu, Arthur juga berkata Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) juga telah menggariskan langkah segera untuk memastikan keberadaan beras putih temnpatan di pasaran.

“Kerajaan memutuskan supaya semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan metrik dapat diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta merta,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kerajaan bersetuju agar semua kontrak kerajaan mengguna pakai sepenuhnya beras putih import supaya bekalan tambahan beras putih tempatan sebanyak 20,000 tan metrik dapat diedarkan sepenuhnya di pasaran pada bulan ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan