Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedai serbaneka KK Mart di Jalan Satok, Kuching yang dilontar bom petrol pada malam Ahad. Foto TVS

Pemuda PBB gesa siasatan segera cari pelaku lontar molotov cocktail KK Mart Satok

ByMuqri Aziz

KUCHING, 2 April: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak mengutuk sekeras-kerasnya insiden lontaran molotov cocktail ke atas KK Mart Jalan Satok baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pemuda, Datuk Lukanisman Awang Sauni menyifatkan insiden tersebut sangat mengejutkan masyarakat umum kerana tidak pernah berlaku di Sarawak dan menggesa satu siasatan segera untuk mencari individu dan pelaku yang bertanggungjawab melakukan tindakan ekstrem tersebut.

Beliau juga turut menyeru orang ramai supaya kekal tenang dan bersikap matang dalam memahami isu semasa yang berkait dengan insiden cetakan kalimah Allah pada stokin yang dijual di rangkaian kedai KK Mart.

“Insiden seperti ini boleh menjejaskan keselamatan orang awam dan pekerja di premis tersebut. Ancaman seperti ini juga bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan jenaka atau mengikut tindakan yang berlaku di Semenanjung Malaysia.

“Saya menegaskan agar tindakan undang-undang wajar dikenakan kepada pelaku dengan kadar segera dan tiada kompromi kepada kumpulan yang bertindak dengan sengaja untuk mencetus ketegangan serta ketakutan di kalangan masyarakat berbeza agama dan kaum,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Lukanisman yang juga Timbalan Menteri Kesihatan mahu masyarakat Sarawak tidak mengambil ringan kejadian itu dan perlu bersama-sama memastikan agar tindakan ekstrem sebegini tidak menjadi budaya dalam berdepan dengan isu semasa.

Ini kerana menurutnya, Sarawak merupakan sebuah negeri yang aman, harmoni, makmur dan meraikan kepelbagaian.

“Tinggi harapan saya agar kejadian sebegini tidak berulang di Sarawak dan khususnya di seluruh Malaysia. Masyarakat perlu berganding bahu dan menyatukan tahap pemikiran agar meletakkan perpaduan dan kestabilan sebagai asas kekuatan negara,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan