Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni. Foto Alex Teo (TVS)

Sarawak sambut baik dapatan pemain industri menerusi CERAWeek 2024

ByOdleen Catherny

KUCHING, 28 Mac: Sarawak menyambut baik hasil perbincangan antara pemain industri menerusi acara CERAWeek 2024 yang berlangsung di Texas, baru-baru ini.

Menurut laporan JD Supra, dapatan menerusi CERAWeek antara lainnya memberi tumpuan kepada pendekatan peralihan tenaga berbeza mengikut kelebihan wilayah masing-masing yang mana usaha itu memerlukan sokongan dan pendekatan global.

Sarawak bakal tingkat pembangunan sumber tenaga hijau | TVS

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni yang mewakili kerajaan Sarawak ke acara berkenaan turut berkongsi ucapan penutupan acara yang disempurnakan oleh pengasas Breakthrough Energy, Bill Gates.

“Bill Gates pada acara penutupan CERAWeek 2024 berkata syarikat-syarikat tenaga di dunia akan mencari lokasi yang boleh memberi bekalan tenaga hijau dengan harga yang murah,” katanya kepada TVS pada Rabu.

Dr Hazland berkata Sarawak sebagai pemain industri di peringkat global akan terus mempertingkatkan pembangunan sumber tenaga hijau.

“Tenaga kita juga akan bertambah melalui solar terapung dan empangan. Kemudiannya, hidrogen apabila kita sudah ada kilangnya pada 2028, tenaga biojisim dan juga tenaga minyak sintetik,” katanya.

Dalam pada itu laporan JD Supra memetik ucapan Bill Gates yang berkata para pelabur perlu mempunyai pemahaman lebih baik tentang kos dan kecekapan teknologi baharu termasuk pasaran tumpuan import.

“Oleh itu, pelaburan biasanya dilihat ada untuk infrastruktur klasik tetapi belum ada lagi untuk teknologi-teknologi baharu.

“Walaupun kebolehlaksanaan telah terbukti pada solar ketika ini, begitu juga dengan angin dan bateri litium-ion namun teknologi baharu perlu dibangunkan untuk hidrogen hijau dan teknologi peralihan yang lain,” kata laporan itu.

Laporan JD Supra juga menyebut negara Timur Tengah kekurangan sumber air tetapi banyak sumber yang lain manakala negara-negara lain pula kaya dengan sumber semula jadi termasuk air, namun kurang dari segi kemampuan kewangan untuk menyediakan insentif dan membangunkan teknologi-teknologi yang relevan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan