Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah Biro Dasar Ekonomi Hidrogen di Kementerian Perdagangan, Perindustrian dan Tenaga dari Korea Selatan, Park Chan Ki di Houstan, Texas. Foto Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESty)

Projek H2biscus: Bukti Sarawak komited bangunkan ekonomi hidrogen

ByOdleen Catherny

KUCHING, 23 Mac: Projek Hidrogen Hijau H2biscus Sarawak (Projek H2biscus) di Bintulu membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak dalam merealisasikan ekonomi hidrogen di negeri ini.

Timbalan Menteri Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata projek berkenaan diyakini berupaya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi Sarawak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Hazland berkata pertemuan pihaknya bersama wakil dari Korea Selatan baru-baru ini juga telah meletakkan potensi besar kepada projek berkenaan sebagai projek perintis pada skala global.

“Pada 19 Mac 2024, saya menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah Biro Dasar Ekonomi Hidrogen di Kementerian Perdagangan, Perindustrian dan Tenaga dari Korea Selatan, Park Chan Ki di Houstan, Texas.

Pertemuan kami membincangkan tentang projek H2biscus di Sarawak yang memegang potensi sebagai inisiatif perintis pada skala global,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya projek H2biscus mewakili usaha kerjasama antara kerajaan negeri menerusi SEDC Energy Sdn Bhd dan rakan kongsi dari Korea Selatan terdiri daripada syarikat gerhasi iaitu SAMSUNG Engineering, LOTTE, dan Korea National Oil Corporation (KNOC).

“Pertemuan ini juga memberi tumpuan kepada semangat kerjasama dan perkongsian komitmen ke arah memajukan penyelesaian tenaga mampan serta memupuk pertumbuhan ekonomi sebagai satu langkah penting ke hadapan dalam meletakkan Sarawak sebagai pemain utama dalam landskap ekonomi hidrogen global,” jelas kenyataan itu lagi.

Hadir sama, Pejabat Konsulat Agung Republik Korea di Houston Sinae Sung; Jang Jin Hwan dari KNOC dan Park C.H. mewakili Samsung Engineering.

Sementara delegasi Sarawak dihadiri oleh Robert Hardin dari SEDC Energy Sdn Bhd dan Dato Adrian Ching dari Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan