Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pinjaman wang tanpa lesen yang terbabit dalam 27 ke simbah cat dan khianat dengan api di enam negeri

Warga asing ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak

ByBernama

GEORGE TOWN, 8 Mac: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Kompleks Bukit Jambul, petang semalam.

Difahamkan, suspek berusia 30-an itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Abd Hamid berkata kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu bersama ibunya sedang membeli-belah di pasar raya  berkenaan kira-kira 6.50 petang.

“Ketika sedang beratur untuk buat pembayaran di kaunter suspek tiba-tiba datang dan menggeselkan badannya dari arah belakang mangsa.

“Ibu mangsa yang tidak berpuas hati memaklumkan kejadian kepada orang awam yang kemudian memukulnya,” katanya di sini hari ini.

Razlam berkata suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap di kawasan belakang sebuah pasar raya berhampiran kompleks itu sebelum diserahkan kepada polis.

Katanya, suspek yang cedera di muka dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan.

“Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan