Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hampir satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini dikerah bagi menggempur dan ‘membersih’ penempatan warga asing di Jalan Silang di sini. Foto,Bernama.

Satu batalion PGA gempur sarang pendatang asing di Jalan Silang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Hampir satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini dikerah bagi menggempur dan ‘membersih’ penempatan warga asing di Jalan Silang di sini.

Tinjauan Bernama mendapati dalam operasi yang bermula kira-kira 11 pagi itu, dianggarkan 1,000 pegawai dan anggota pasukan lengkap bersenjata menyerbu sarang penempatan warga asing yang menjadikan kawasan tersebut tidak ubah seperti perkampungan mereka sendiri.

Ini termasuk membuka premis perniagaan yang menjual barangan dari negara mereka selain menjadikan premis di kawasan itu sebagai tempat kediaman dengan tidak menjaga kebersihan sehingga menimbulkan bau busuk.

Biarpun ada cuba menyembunyikan diri, namun pemeriksaan teliti dari premis ke premis di empat blok di lokasi berkenaan selain kepungan besar-besaran, menyebabkan banyak warga asing yang kebanyakannya warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal tidak sempat melarikan diri.

Sehingga 2 petang tadi, dianggarkan lebih 500 warga asing telah ditahan dan dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur untuk proses semakan dokumentasi.

Difahamkan polis akan mengadakan satu sidang media khas berkenaan operasi tersebut pada 5 petang ini di Pulapol. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan