Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada Pemanca Jun Silah. Foto TVS

Limbang, Lawas serta Temburong, Brunei bakal jadi hab pengeluaran makanan

LIMBANG, 2 Mac: Daerah Limbang, Lawas dan Temburong di Brunei Darussalam bakal bergelar hab pengeluaran makanan berasaskan pertanian dan penternakan susulan hasil kerjasama yang dijalin antara Sarawak dan negara jiran itu.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kedua-dua belah pihak itu komited memupuk kerjasama dalam penternakan dan pertanian khususnya tanaman padi bagi meningkatkan keterjaminan makanan di kedua-dua sempadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu menambah kerjasama tersebut boleh dilaksanakan menerusi pertukaran idea dan teknologi moden ekoran Brunei mempunyai kemudahan dan pengiktirafan antarabangsa dari segi eksportnya.

“Kita di Limbang dan Lawas dan juga disebut Daerah Temburong, Brunei akan dijadikan sebagai production hub (hab pengeluaran) untuk mengeluarkan hasil yang akan di di proses di Bandar Seri Begawan Brunei bagi tujuan eksport teutamanya.

“Ini kerana negara Brunei mempunyai kemudahan dan juga pengiktirafan daripada antarabangsa dari segi kualiti, untuk tujuan eksport,”katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Agrofest 2024 di perkarangan Lot 777, Limbang pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang danPegawai Pertanian Bahagian Limbang Amirul Fikri Jemali.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman mendedahkan pihaknya bakal meneliti perkara berkaitan untuk melihat kaedah kerjasama yang dapat dicapai sekali gus memberi manfaat untuk Sarawak dan Brunei.

Dr Abdul Rahman mendedahkan perkembangan terkini kerjasama berikut adalah inisiatif Sarawak dan Brunei mengadakan pertemuan baru-baru ini bersama Menteri Sumber Utama dan Pelancongan Negara Brunei Darussalam.Dato Dr Abdul Manaf Metussin.

Pertemuan berkenaan katanya menjurus tentang pelbagai perkara pertanian, khususnya penanaman padi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan