Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia pada 21 Februari lepas. Foto Awang Azmil (TVS).

Dewan Rakyat zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Abdul Taib

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Dewan Rakyat menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia pada 21 Februari lepas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau berdoa supaya Allah SWT mencucuri rahmat serta Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Allahyarham (Tun Abdul Taib) juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sarawak, Ahli Parlimen Kota Samarahan dan anggota pentadbiran Kerajaan Persekutuan di beberapa kementerian.

“Kepada yang beragama Islam, saya minta kita sedekah Al -Fatihah dan kepada yang bukan Islam, kita bertafakur selama seminit. Al- Fatihah,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Taib meninggal dunia ketika sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham selamat disemadikan dengan Istiadat Pengebumian Negeri di tanah perkuburan keluarga berhampiran Masjid Demak, Jalan Bako. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan