Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Ukraine di Malaysia Denys Mykhailiuk. Foto, Bernama.

Ukraine komited bina semula negara dan ekonomi di tengah-tengah konflik dengan Rusia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Ukraine akan meneruskan komitmen untuk membina semula negara dan memulihkan ekonomi di tengah-tengah konflik berterusan dengan Rusia yang memasuki tahun kedua Sabtu ini.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Ukraine di Malaysia Denys Mykhailiuk berkata walaupun berhadapan cabaran besar, termasuk kemusnahan infrastruktur kritikal, negara itu bertekad untuk menstabilkan ekonominya melalui bantuan dan perkongsian antarabangsa.

“Kami telah memulakan proses pembinaan kapasiti dan pembangunan semula ekonomi walaupun konflik berpanjangan.

“Pada awalnya, kedua-dua pihak menjangkakan penyelesaian pantas, namun memandangkan perang yang berpanjangan, kami tidak boleh menunggu sehingga perang berakhir,” kata Mykhailiuk dalam temu bual dengan Bernama sempena memperingati tahun kedua pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

ICJ dijangka buat keputusan mengenai bidang kuasa untuk kes Ukraine terhadap Rusia

Menurut Rapid Damage and Needs Assessment 3 (RDNA) yang dikeluarkan pada 15 Feb, mengunjurkan jumlah kos pembinaan semula dan pemulihan di Ukraine sebanyak US$486 bilion (€452.8 bilion) sepanjang dekad akan datang, peningkatan US$411 bilion (€383 bilion) berbanding setahun lalu.

Pada tahun 2024 sahaja, pihak berkuasa Ukraine menganggarkan keperluan sekitar $15 bilion (€14 bilion) untuk pembinaan semula dan pemulihan segera di peringkat kebangsaan dan komuniti, dengan tumpuan untuk menggerakkan sektor swasta dan memulihkan sektor perumahan, infrastruktur modal insan, perkhidmatan, tenaga dan pengangkutan.

Menurut laporan oleh kerajaan Ukraine, Kumpulan Bank Dunia, Suruhanjaya Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerosakan langsung yang ditanggung di Ukraine akibat pencerobohan Rusia sejak dua tahun lalu telah mencecah hampir US$152 bilion (€141.6 bilion), dengan perumahan, pengangkutan, perdagangan dan industri, tenaga dan pertanian paling teruk terjejas.

ICJ dijangka buat keputusan mengenai bidang kuasa untuk kes Ukraine terhadap Rusia

Mykhailiuk berkata terdapat tanda-tanda positif dalam ekonomi Ukraine, dengan pertumbuhan 10.5 peratus dalam KDNK dalam tempoh sepuluh bulan pertama 2023 berbanding tempoh yang sama pada 2022.

Faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan itu termasuk hasil yang tinggi dalam pertanian, keadaan cuaca yang menggalakkan, kestabilan dalam sektor tenaga dan operasi koridor sementara untuk kemudahan kapal awam memasuki pelabuhan Greater Odessa.

Ukraine, pengeluar utama minyak bunga matahari, pengeksport bijirin utama dan pengeksport utama senjata dan sistem pertahanan sebelum konflik, kini menumpukan kepada membina semula industri pertahanannya di dalam negara selain mencari rakan kongsi antarabangsa untuk mengembangkan pangkalan pengeluaran teknologinya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menganggarkan hampir 6.5 juta pelarian dari Ukraine mencari perlindungan di seluruh dunia, dengan 3.7 juta orang dipindahkan secara paksa dalam negara sejak Rusia memulakan pencerobohan tenteranya ke Ukraine pada 24 Feb 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan