Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kilat Boy disambut Presidennya SABA Datuk Rahman Lariwoo ketika tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini. Foto: TVS

Fokus Kilat Boy kini untuk cipta nama pada Kejohanan Tinju Dunia Asia

ByTVS

KUCHING, 19 Feb: Tumpuan petinju Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong kini terarah dengan latihan dan keazaman tinggi untuk mencapai kemenangan pada Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia, April ini.

Bertanding dalam kategori ‘Feather Weight’, petinju yang lebih dikenali sebagai Kilat Boy itu berkata kejohanan itu berupaya meletakkan statusnya setanding dengan petinju profesional dunia.

Ditemui sekembalinya dari Kejohanan Tinju Profesional Path To Glory Feather Weight di Dhaka, Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, malam ini, beliau mahu menjadikan perlawanan semalam sebagai pengalaman berharga.

Kilat Boy yang terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri, dicabar hebat oleh wakil tuan rumah Resatul Mahmud Sajin yang menerima sokongan padu penyokongnya sepanjang enam pusingan.

Menceritakan perlawanan tersebut, beliau berkata beliau berjaya mendominasi perlawanan namun nasib tidak menyebelahi apabila hanya mencatatkan keputusan seri.

“Dari gayanya macam saya sudah mendominasi. Saya sudah buat keputusan terbaik berbekalkan latihan yang dijalani selama ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan