Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan dua lelakiĀ  berusia antara 26 hingga 38 tahun kerana disyaki mencuri barang kemas milik seorang wanita di Mesra Villa, Jalan Ikan Emas, Taman Pandan Mesra, di sini minggu lepas. Foto hiasan, Envato.

Dua lelaki ditahan disyaki terlibat curi barang kemas

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Polis menahan dua lelakiĀ  berusia antara 26 hingga 38 tahun kerana disyaki mencuri barang kemas milik seorang wanita di Mesra Villa, Jalan Ikan Emas, Taman Pandan Mesra, di sini minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Azam Ismail berkata, suspek pertama ditahan pada 6.30 petang, 12 Feb lepas di kawasan Taman Pandan Mesra di sini dan soal siasat ke atas penganggur itu membawa kepada tangkapan suspek kedua pada 14 Feb, 8.45 malam di kawasan Sungai Buloh, Selangor.

Katanya suspek pertama mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa yang berusia 56 tahun manakala suspek kedua yang bekerja sebagai tukang masak berperanan sebagai pembeli barang kemas itu.

Mohd Azam berkata kejadian itu berlaku pada 11 Feb lepas apabila wanita warga tempatan itu mendapati barang kemasĀ yang diletakkan di laci almari dalam bilik tidur rumahnya telah hilang pada 3.30 pagi.

ā€œHasil pemeriksaan lanjutĀ mendapati seutas gelang tangan emas telah tiada manakala seutas rantai leher emas miliknya juga telah ditukar kepada emas palsu dan anggaran kerugian lebih kurang RM30,000,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata kedua-dua suspek positif dadah dan seorang daripada mereka mempunyai duaĀ rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

ā€œMotif kejadian adalah disebabkan suspek memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang tertunggak motosikal,Ā berjudi dan membeli bekalan dadah,ā€ katanya.

Katanya, suspek pertama direman tujuh hari bermula 13 Feb lepas hingga esok dan suspek kedua direman selama tiga hari bermula dari tarikh tangkap hingga semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi dalam rumah, katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan