Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Richard Rapu yakin lawatan ahli-ahli jawatankuasa PAC memberi impak positif kepada penyelesaian isu sekolah daif di seluruh negara. Foto TVS

Lawatan PAC diyakini beri impak positif kepada penyelesaian isu sekolah daif

BETONG, 6 Feb: Lawatan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) keempat buah sekolah di kawasan Parlimen Betong dan Saratok diyakini dapat memberi impak positif kepada penyelesaian isu sekolah daif di seluruh negara.

Ahli Jawatankuasa PAC, Dr Richard Rapu berkata, banyak pengisian diperoleh daripada lawatan itu terutama sekali dari segi penyampaian projek-projek yang dilaksanakan demi keselesaan warga sekolah.

“Banyak perkara ini dapat membantu kita untuk menyiapkan segala laporan kita bagi memastikan pada masa yang akan datang pelaksanaan projek seperti ini di seluruh negara.

“Ia mungkin dapat diperhalusi dan dipermudahkan lagi supaya hasrat dan niat kerajaan dan juga rakyat apabila projek-projek itu diluluskan ia dapat menyelesaikan segala masalah terutamanya bagi sekolah ialah untuk keselesaan murid-murid dan guru-guru yang mengajar,” katanya.

Beliau menyatakan sedemikian ketika diminta mengulas lawatan Ahli-Ahli Jawatankuasa PAC keempat buah sekolah daif di kawasan Parlimen Betong dan Saratok di Sekolah Kebangsaan (SK) Paku Central di sini, semalam. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan