Elak daftar PADU saat akhir, sistem akan sesak

KOTA SAMARAHAN, 2 Feb: Rakyat Malaysia khususnya golongan yang celik teknologi dinasihatkan agar tidak melakukan pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) pada saat-saat akhir kerana ia akan mengakibatkan aliran trafik sistem itu sesak, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Keputusan sudah dibuat, tunggu pengumuman Lembaga Pengampunan – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata keputusan permohonan pengampunan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibuat.
Tiga tentera pandu tiga trak maut nahas jalan raya

GURUN, 2 Feb: Tiga anggota tentera yang merupakan pemandu tiga trak tentera dilaporkan terkorban selepas terlibat nahas jalan raya membabitkan empat kenderaan di Kilometer 77.5, Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini hari ini.
Malaysia mulakan transformasi untuk tingkatkan tadbir urus data

SINGAPURA, 2 Feb: Malaysia telah memulakan transformasi untuk menambah baik tadbir urus data melalui penilaian semula Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan semakan peraturan subsidiari.
Projek RTP meri pengelantang ngagai peranak rumah panjai

DEBAK, 2 Feb: Projek nyambung tali karan ba Rumah Panjai Munggu Tunggal ditu udah meri pengelantang ngagai pengani ba rumah panjai nya.
Lapor jika berlaku pemotongan Bantuan Awal Persekolahan

KAJANG, 2 Feb: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meminta semua pihak, terutama ibu bapa, untuk melaporkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) sekiranya berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) oleh pihak sekolah.
Lokasi baharu Pasar Basah Bau ambil kira sensitiviti masyarakat Islam

BAU, 2 Feb: Pemilihan lokasi baharu bagi pembukaan Pasar Basah Bau di lokasi yang baharu iaitu di Jalan Kuching-Bau bersebelahan Medan Selera Ming Junction membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap sensitiviti masyarakat Islam di sini.
Usahawan desa perlu keluar kepompong perniagaan mikro – MARA

KOTA SAMARAHAN, 2 Feb: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan lebih ramai usahawan desa di Sarawak mampu keluar daripada kepompong perniagaan mikro kepada usahawan berstatus perniagaan kecil pada tahun ini.
Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat Sarawak simbol perpaduan kaum

KUCHING, 2 Feb: Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi akan lebih meriah dengan penganjuran sambutannya peringkat negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 10 Februari ini.
100 lagi anggota imigresen, PGA ditambah kesan pendatang asing lolos di Perak

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Seramai 100 lagi anggota ditambah terdiri daripada Jabatan Imigresen dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengesan 130 tahanan yang lolos dari pusat tahanan di Depot Imigresen di Bidor, Perak.
