Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wartawan China mengharungi detik cemas selepas diculik dan dipukul sekumpulan lelaki yang dikenalinya ketika berada di Genting Highland. Foto,TVS.

Wartawan China dikurung, dipukul tiga lelaki yang ‘dikenali’ di Genting Highland

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Percutian seorang wartawan lelaki dari China di Genting Highland menghadirkan memori pahit dalam hidupnya apabila dikurung serta dipukul oleh sekumpulan lelaki yang ‘melarikannya’ ke Kajang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada 2 Januari lepas.

Jelas beliau, mangsa mendakwa pada 11 Disember 2023 ketika berada di pusat peranginan berkenaan,  dia berkenalan dengan tiga lelaki yang menawarkan ‘peluang’ untuk berjudi di sebuah kasino VIP di situ.

“Mereka menawarkan untuk mengambil chip bernilai RM100,000 dan mangsa bersetuju untuk bermain.

“Setelah kalah, peminjam meminta mangsa membayar hampir RM200,000 dan pembayaran dilakukan menerusi tranksaksi secara dalam talian dari sebuah bank di China.

“Selepas itu, mangsa mendakwa telah diminta untuk pindahkan RM150,000 lagi tetapi enggan melayan permintaan itu kerana mengesyaki telah ditipu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mohd. Zaidi berkata, pada 31 Disember lepas, mangsa dijemput oleh suspek untuk makan malam namun dia dibawa ke kebun durian yang terletak tidak jauh dari Genting Highland.

“(Setibanya di situ) barang-barang peribadi mangsa dirampas malah dia mendakwa turut dipukul.

“Mangsa kemudian dibawa ke kawasan perumahan di Kajang, Selangor dan mendakwa dikurung, diikat dan dipukul oleh beberapa lelaki India yang tidak dikenali,” katanya.

Menurut Mohd. Zaidi, pada 2 Januari, mangsa berjaya melarikan diri dan dengan bantuan orang awam, dia membuat laporan di Balai Polis Kajang.

“Malam tadi, polis berjaya menahan dua lelaki India dan seorang lelaki Cina yang berumur dalam lingkungan 32 hingga dan 53 tahun di sekitar Kajang yang dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya.

Beliau memberitahu, kesemua suspek direman sehingga 5 Februari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/342 Kanun Keseksaan dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan