Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurgen Klinsmann mengakui perasaannya bercampur baur menyaksikan perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia sempena Piala Asia 2023 di Doha, malam tadi. Foto AFP.

Klinsmann marah Korea Selatan terikat 3-3 dengan Malaysia

ByBernama

DOHA, 26 Jan: Ketua jurulatih Korea Selatan Jurgen Klinsmann mengakui perasaannya bercampur baur menyaksikan perlawanan malam tadi, meskipun anak buahnya layak ke pusingan 16 terakhir selepas mencatatkan keputusan seri 3-3 dengan Malaysia, dalam aksi terakhir Kumpulan E.

Legenda bola sepak Jerman itu mengakui ‘keseronokan’ aksi kedua-dua pasukan dengan enam gol terhasil tetapi mengkritik prestasi pertahanan skuad Taegeuk Warriors, bimbingannya itu.

“Kita menonton perlawanan menyeronokkan dengan enam gol (tapi) saya amat marah dengan cara kami melepaskan gol. Apabila anda mengawal permainan, perkara seperti ini berlaku ketika anda tidak mendapat kelebihan dua gol.

“Kita boleh lakukan lebih baik ketika pertukaran bahagian pertahanan, tapi secara keseluruhannya, peringkat kumpulan sudah selesai dan kini, aksi sebenar betul-betul bermula,” katanya pada sidang media pascaperlawanan di Stadium Al Janoub.

Mengenai pusingan kalah mati berdepan Arab Saudi, Klinsmann menekankan keperluan untuk penambahbaikan pasukan dalam sektor tertentu.

“Ia bukan perancangan kita untuk bolos tiga gol hari ini untuk mengelak bertemu Jepun. Kita mahu layak sebagai juara kumpulan dan pasukan telah mencubanya. Malaysia bermain bermati-matian, sepatutnya kita menang perlawanan ini,” kata pemenang Piala Dunia 1990 berusia 59 tahun itu.

Bekas pemain yang turut membantu Jerman memenangi Kejohanan Eropah buat kali ketiga pada 1996 berkata Korea Selatan perlu bersiap sedia untuk menghadapi mana-mana pasukan lawan jika mahu mencapai hasrat muncul juara kali ini.

Pada aksi mendebarkan membuatkan penonton tidak senang duduk, Malaysia mencatatkan keputusan seri yang luar biasa apabila pemain gantian Romel Morales menerjah gawang lawan pada penghujung 15 minit masa tambahan.

Pemain tengah Korea Selatan Jeong Woo-yeong meletakkan juara dua kali itu di hadapan pada minit ke-21 sebelum Malaysia bangkit 17 minit selepas separuh masa kedua berlangsung menerusi Mohamad Faisal Abdul Halim dan penalti Arif Aiman Mohd hanapi.

Bagaimanapun, Korea Selatan menyamakan kedudukan dengan berbaki 10 minit sebelum tamat perlawanan menerusi gol sendiri oleh penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, sebelum mendahului 3-2 menerusi sepakan penalti bintang Tottenham Hotspur Son Heung-min pada masa tambahan.

Kali terakhir Korea Selatan memenangi Piala Asia ialah 64 tahun lepas di gelanggang sendiri dan penampilan terakhir mereka dalam aksi final adalah pada edisi 2015 di Australia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan