Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana (M) Datuk Hamid Mohd Amin bercakap ketika ditemu bual dalam Dialog TVS - Membelah Samudera, Mendaulatkan Negara. Foto TVS

Jenayah rentas sempadan cabaran utama APMM sejak 2005

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 25 Jan: Jenayah rentas sempadan merupakan antara cabaran terbesar yang dihadapi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sejak ditubuhkan pada 2005, kata Laksamana (M) Datuk Hamid Mohd Amin.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia itu berkata, kekayaan sumber dan kedudukan negara yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa menjadikannya seperti ‘manisan’ yang sentiasa didatangi oleh orang luar.

“Malaysia ini terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa dunia, ia ibarat seperti gula. Macam-macam semut datang untuk bawa balik sumber negara kita, yang sekali gus merugikan Malaysia.

“Selain itu, mereka ini menggangu pelantar minyak di perairan kita, ini merupakan cabaran yang sering kita hadapi. Seperti Kementerian Dalam Negeri sedang laksanakan iaitu membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI), begitu juga APMM dengan kita mendapatkan bantuan agensi tempatan dan antarabangsa untuk mengekang kemasukan mereka (PATI) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam rancangan temu bual terbitan TVS, Dialog TVS – Membelah Samudera, Mendaulatkan Negara yang disiarkan pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, cabaran dalaman yang dihadapi agensi itu selepas 19 tahun penubuhannya pula ialah daripada segi memastikan setiap anggotanya dapat seiring dengan kecanggihan teknologi merangkumi setiap aset yang dimiliki APMM.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) APMM Ke-19 akan dianjurkan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) pada 15 Februari depan.

“Tema sambutan pada kali ini ialah “Maritim Perkasa Melestarikan Madani” iaitu menyahut seruan kerajaan memastikan teras-teras Madani dapat dicapai,” katanya.

Untuk rekod, APMM secara rasminya ditubuhkan pada 15 Februari 2005 dengan menggalas tanggungjawab mengawasi setiap kawasan perairan di Malaysia agar aman dan selamat bagi kegunaan masyarakat dan negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan