Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid. Foto: Bernama

Langkah Dubai: Polis terima lapan laporan

ByBernama

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan terbabit antaranya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Cheras dan Dang Wangi semalam.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Mahathir Mohd Yunus, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin membuat laporan berhubung perkara itu di IPD Cheras hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mahathir berkata gerakan itu jelas bertujuan untuk mengganggu-gugat sistem demokrasi berparlimen walaupun setelah adanya Akta Anti Lompat Parti.

Ketua Biro Guaman Angkatan Muda Keadilan (AMK) Asheeq Ali Sethi Alivi yang membuat laporan di IPD Dang Wangi pula menggesa polis untuk membuat siasatan terhadap individu yang disyaki terbabit dengan gerakan itu termasuk penulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin.

“Negara memerlukan kestabilan politik untuk membina kemakmuran ekonomi bersama, tindakan tegas harus diambil kepada mereka yang menggugat kestabilan kerajaan sedia ada hari ini,” katanya.

‘Langkah Dubai buang masa, GPS ada perjuangan penting majukan Sarawak’

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya turut menerima dua laporan polis berhubung gerakan “Langkah Dubai” dan siasatan sedang dijalankan.

Pada 30 Dis lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa “Langkah Dubai” timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan