Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Najib Jaafar ketika ditemui pemberita semasa sesi uji bakat pertama pemilihan peserta untuk TV Program 'Kenyalang Badminton Talent' di Stadium tertutup Sibu. Foto TVS

Program realiti TV ‘Kenyalang Badminton Talent’, gilap bakat muda Sarawak

SIBU, 6 Jan: Program realiti TV sukan ‘Kenyalang Badminton Talent’ akan memaparkan pencarian bakat baharu pemain badminton kategori Remaja Lelaki dan Perempuan Sarawak berusia antara 15 hingga 18 tahun.

Penerbitnya, Mohd Najib Jaafar berkata peserta terpilih akan mengikuti latihan badminton secara profesional tajaan sepenuhnya Monaj Excel Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

“Kita akan memastikan bahawa bakat yang dihasilkan nanti akan menjadi pelapis kepada para pemain negeri Sarawak di masa akan datang.

“…dan kami akan memilih seramai 14 orang sahaja, iaitu lapan peserta lelaki dan enam peserta perempuan yang mana kita akan mengumpulkan dan menjalankan latihan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa sesi uji bakat pertama pemilihan peserta untuk Program ‘Kenyalang Badminton Talent’ di Stadium tertutup Sibu pada Sabtu.

Menurutnya sesi uji bakat seterusnya akan diadakan di Kuching dan siri sesi pertandingan badminton separuh akhir dan akhir turut dijalankan di Kuching.

Dalam pada itu, Mohd Najib berkata sambutan untuk sesi ujibakat pertama di Sibu agak menggalakkan iaitu sekitar 30 peserta dari pelbagai daerah telah hadir untuk mencuba nasib.

“Ada yang datang daripada Mukah, ada yang datang daripada Kapit, ada yang datang daripada Miri dan bagi saya ini menunjukkan semangat mereka.

“Mereka ingin mencoba bakat mereka dan Insya-Allah dengan adanya sokongan dan dorongan daripada jurulatih kita yang kita bawa dari Semenanjung Malaysia.

“Contohnya seperti Rahman Sidek, bekas pemain badminton negara, Misbun Syawal Datuk Misbun sebagai ketua jurulatih dan juga kita ada Hardiyandi Hamdin dari Sarawak sendiri, bekas pemain badminton Sarawak dan kita ada Yapp Su Chiew sebagai ketua kem,” jelasnya.

Peserta akan diberikan latihan dan pendedahan mengenai sukan badminton oleh para jurulatih profesional semasa pertandingan di bawah pemantauan mantan pemain badminton negara, Dato’ Sri Jalani Sidek dan diselia oleh para jurulatih teknikal badminton yang berpengalaman.

Justeru itu beliau yakin program realiti sukan badminton pertama di Malaysia dan di TVS tersebut akan menjadi sebuah rancangan wajib tonton yang akan mengangkat TVS serta menjadi tarikan kepada remaja.

Menurutnya ia akan disiarkan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu agar mampu ditonton bukan sahaja warga Sarawak malah negeri-negeri lain di Malaysia.

Ia dijangka akan disiarkan pada pertengahan Jun 2024 dan akan bersiaran sebanyak 13 episod,” ujarnya.

Beliau berharap rancangan Kenyalang Badminton Talent akan menerima sambutan baik apabila ditayangkan dan seterusnya dilanjutkan untuk musim kedua dan ketiga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan