Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto TVS

MITRA, Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang kembali bawah KPN – Aaron

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 6 Jan: Pemindahan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang ke Kementerian Perpaduan Negara (KPN) diyakini memberi impak yang positif kepada masyarakat India.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata penstrukturan dan penyusunan semula agensi tersebut dianggap sebagai satu langkah strategik untuk memperkukuh lagi peranan kementerian dan agensi-agensi berkenaan.

“Ia dilihat dapat membawa impak positif dalam jangka masa panjang terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat India Malaysia melalui pelaksanaan program-program berimpak tinggi sejajar dengan pemboleh daya perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Antara pemboleh daya perpaduan itu menurut Aaron adalah memperkasakan komuniti minoriti dan rentan ekonomi seperti yang digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara.

Ujarnya, KPN komited dalam menambah baik pembangunan sosioekonomi masyarakat India melalui pemerkasaan pelbagai inisiatif dan program demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat India termasuk bidang pendidikan, ekonomi, dan sosial.

Program tersebut terus diperkukuh bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah masyarakat India yang berpendapatan rendah (B40). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan