Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kilat Boy dinobatkan sebagai juara Asia kategori Bantamweight menerusi perlawanan di Kejohanan Persekutuan Tinju Asia (ABF) di Bangkok. Foto Facebook Kilat Boy

Kilat Boy mula sasar ranking terbaik dunia

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 6 Jan: Peninju kebanggaan Sarawak, Daeloniel Mcdelon atau lebih terkenal dengan julukan ‘Kilat Boy’ meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok ‘ranking’ terbaik Asia dan dunia.

Beliau juga berhasrat pada tahun 2024 ini untuk merangkul tali pinggang Majlis Tinju Asia (WBC), Persatuan Tinju Dunia (WBA) Asia dan Kejohanan Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) Asia.

“Saya berharap pada tahun ini lebih banyak lagi kejohanan yang dapat saya sertai dan dapat menaikan ranking saya di peringkat asia dan juga dunia,” katanya ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Dalam pada itu mengulas lanjut berhubung aksi menentang petinju Bangladesh, Resatul Mahmud Sajin dalam perlawanan tinju jemputan di Dhaka pada 17 Februari depan, Kilat Boy memberitahu beliau sudah membuat persiapan sejak rapi pada Desimber lepas.

“Saya sudah meningkatkan intensiti latihan saya dan saya banyak fokus kepada teknikal latihan terbaharu sebagai persiapan saya menentang peninju Bangladesh itu,” ujarnya lagi.

Menurut anak kelahiran Sri Aman itu lagi, sekiranya beliau berjaya menewaskan wakil Bangladesh itu, ia akan membolehkan dirinya layak bertanding di WBC Asia pada bulan Mei tahun ini.

Pada Oktober 2023, Kilat Boy telah dinobatkan sebagai juara Asia kategori Bantamweight menerusi perlawanan di Kejohanan Persekutuan Tinju Asia (ABF) di Bangkok.

Dalam perlawanan itu Kilat Boy telah menumbangkan lawannya Artid Bamrungauea dari Thailand dengan Technical Knock Out (TKO) pada pusingan ketiga.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan