Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata menyaksikan serah-terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Lawas antara DSP Liong Tinda dan DSP Sila Kadong di Kuching, hari ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

PDRM Sarawak umum pertukaran empat Ketua Polis Daerah

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 5 Dis: Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata hari ini mengumumkan pertukaran empat jawatan Ketua Polis Daerah berkuat kuasa mulai hari ini.

Pertukaran itu melibatkan Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Awang Arfian Awang Bukang, Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Tega Bilong, Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Sila Kadong dan Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Wong Tee Kue.

Ketua Polis Daerah Sarikei yang baharu ialah DSP Benedict Faris Jimoy manakala DSP Dennis Bunyam sebagai Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Liong Tinda (Ketua Polis Daerah Lawas) dan DSP Rafhan Kepli (Ketua Polis Daerah Simunjan).

“Seramai empat orang kanan yang memegang jawatan Ketua Polis Daerah telah ditukarkan ke jawatan baharu iaitu Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Sila Kadong sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang, Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Wong Tee Kue sebagai Timbalan Ketua Jabatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.

Mancha menambah, Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Tega Bilong dilantik ke jawatan Pegawai Turus D4 di IPK Sarawak.

Menerusi pertukaran itu, Mancha berharap kesemua yang dilantik dapat melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang dan sentiasa komited dalam menjalankan segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan